KUALA LUMPUR: Perbuatan mencuri elektrik oleh para pengusaha bitcoin didapati semakin serius dengan kes yang dikesan meningkat lebih 400% dalam tempoh empat tahun melibatkan 610 kes pada 2018, diikuti 1,043 kes (2019), 2,465 kes (2020) dan 3,091 kes pada 2021.
Rekod menunjukkan sejumlah 7,209 kes dikesan sepanjang empat tahun telah menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt jam (kWh).
Peningkatan kes sejak 2018 ini juga membuktikan kecekapan semua agensi terlibat dalam mengesan perbuatan jenayah tersebut khususnya kerjasama strategik di antara Tenaga Nasional Berhad dan Polis DiRaja Malaysia mulai tahun 2020.
Operasi bersama membanteras perbuatan yang menyalahi Akta Bekalan Elektrik 1990 itu turut melibatkan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, aktiviti perlombongan ‘Bitcoin’ yang mengambil bekalan elektrik secara curang bukan sahaja memberi impak kepada TNB, malah secara tidak langsung kepada rakyat dan negara.
Selain boleh menyebabkan kerosakan dan kebakaran pada pepasangan TNB kata beliau, aktiviti melombong Bitcoin ini memberi kesan kepada pengguna apabila bekalan elektrik terputus.
Atas faktor tersebut, TNB dan PDRM mengukuhkan lagi kerjasama dengan meningkatkan keupayaan menggempur kegiatan mencuri arus elektrik terutama melibatkan aktiviti perlombongan mata wang kripto ‘Bitcoin’, yang menyebabkan kerugian besar kepada industri tenaga dan negara.
Baharin dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bertemu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 29 Mac lalu, atas kerjasama strategik dengan TNB menyumbang sembilan kenderaan pacuan empat roda bagi meningkatkan lagi kecekapan membanteras kegiatan berkenaan.
Mengulas mengenai kerjasama strategik itu, Baharin berkata, ia telah memberikan impak yang besar dan positif dalam usaha TNB membendung aktiviti kecurian arus elektrik melibatkan pengguna industri dan komersial.
Sementara itu Acryl Sani berkata, dalam tempoh dua tahun kerjasama strategik itu, PDRM telah berjaya menangkap 627 individu serta merampas barang kes bernilai RM69.8 juta dalam serbuan-serbuan yang dijalankan secara bersepadu dengan TNB.
“PDRM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TNB atas sumbangan yang diberikan. Kenderaan-kenderaan berkenaan akan digunakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi mempergiatkan usaha membanteras kegiatan kecurian elektrik untuk aktiviti perlombongan bitcoin di seluruh negara,” katanya.
Turut hadir pada majlis penyerahan kenderaan itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abdul Jalil Hassan; Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood; Ketua Pegawai TNB Global Business Solution TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim dan Ketua Komunikasi Korporat TNB, Shukreen Ma.
Baharin juga berkata, TNB berterima kasih atas sokongan dan kerjasama pihak PDRM dalam membantu mengekang aktiviti jenayah ini di seluruh Semenanjung, seterusnya memastikan bekalan elektrik berdaya harap dapat terus dibekalkan tanpa gangguan kepada rakyat, industri dan komersial.
Pengusikan pepasangan meter atau penyambungan haram oleh para pengusaha bitcoin boleh mencetuskan pelbagai kejadian termasuk gangguan bekalan akibat beban lampau (overloading) sehingga menyebabkan kebakaran.
Penggunaan melampau rangkaian komputer berkuasa tinggi 24 jam tanpa pengawasan dalam operasi perlombongan bitcoin ini, boleh menyebabkan litar pintas selain penggunaan fius tidak mengikut piawai atau tidak menggunakan sebarang fius dan beban melebihi kapasiti kabel.
Penyambungan haram pula mengakibatkan bacaan pada meter tidak lagi menunjukkan penggunaan elektrik sebenar, sekali gus mengganggu kestabilan bekalan elektrik kerana permintaan melebihi kapasiti, lantas menjejaskan aktiviti perniagaan dan keselesaan rakyat. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Apr 04 2022
Pengusikan pepasangan meter atau penyambungan haram oleh para pengusaha bitcoin boleh mencetuskan pelbagai kejadian termasuk gangguan bekalan akibat beban lampau (overloading) sehingga menyebabkan kebakaran. - Gambar hiasan/TNB/DagangNews
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.